Hari ini saya belajar menyanyi (tanpa muzik). Cikgu Halimah kata semua murid mesti menyanyi lagu ini. Seni kata lagu tersebut dituliskannya di papan hitam. Walaupun masih ada antara kai belum tahu membaca, namun, apabila seni kata itu ditulis di papan hitam, kami memandang seni kata lagu tersebut. (Murid yang tidak tahu membaca mereka bernyanyi secara menghafal sahaja).
Cikgu Halimah menuliskan seni kata lagu tersebut. Saya dan beberapa orang rakan saya sudah mulai pandai membaca sedikit-sedikit. (Menjelang bulan ketiga persekolahan)
Abu Bakar cari duit,
Emak fikir gaji hari,
Ia jalan Kuala lumpur,
Makan nasi orang putih,
Q rasa sedap diuntung
Vah!
WXYZ
Cikgu Halimah bernyanyi dahulu dan kami mengikutnya beramai-ramai. Seronok kami bernyanyi. Ada antara kami bernyanyi terjerit. Kami mengulang beberapa kali lagu tersebut hingga saya rasa saya sudah boleh menghafalnya.
"Boleh ingat tak lagu ini?" tanya Cikgu Halimah.
"Bolehhh!Senang cikgu!"! kata semua kawan-kawan saya. Tijah saja yang diam.
"Kamu Tijah, boleh ngat?" tanya Cikgu Halimah kepada tijah. Tijah diam.
"Cuba Tijah nyanyi sorang-sorang, cikgu nak dengar!" pinta Cikgu Halimah.
Tijah tersipu-sipu malu. Dia macam mahu menangis.
Murid-murid lain semua menungggu Tijah menyanyi. Tijah menyanyi.Murid lelaki ada yang mula mentertawakan Tijah. Dia pun sebenarnya belum kenal semua huruf lagi tetapi dia boleh bernyanyi.
"Yang lain senyap!" suara Cikgu Halimah tinggi sedikit. Saya menoleh kebelakang. Benci saya melihat sorang dua murid lelaki yang duduk di belakang tu. Mereka bukan pandai sangat, tapi suka menertawakan orang, detik hati saya.
"Tak apa, kalau Tijah belum boleh hafal lagi lagu ni, nanti lama-lama bolehlah, " kata Cikgu Halimah. Tijah sudah mula meleleh air mata.
"Baik murid-murid, seklai lagi cikgu mahu kamu bernyanyi. Nyanyi betul-betul, jangan menjerit. Satu, dua, tiga!"
Bergema lagi lagu itu dinyanyikan. Cikgu Halimah juga bernyanyi sama. Sambil bernyanyi, dia berjalan dari satu meja ke satu meja yang lain.
Abu Bakar cari duit,
Emak fikir gaji hari,
Ia jalan Kuala lumpur,
Makan nasi orang putih,
Q rasa sedap diuntung
Vah,
WXYZ
Bila habis lagu itu dinyanyikan, Cikgu Halimah tersenyum memandang kami. Dia gembira karena kami semua bernyanyi dengan kuat dan bersemangat.
"Cuba sekali lagi, saya nak lihat mulut siapa yang tak buka!" katanya. Kami semua bernyanyi lagi. Cikgu Halimah terus bernyanyi sama sambil berjalan dari satu meja ke satu meja, mahu memastikan semua murid bernyanyi. Sampai di meja Tijah, Cikgu Halimah berhenti. Mulutnya didekatkan ke telinga Tijah, dan dia terus bernyanyi. Tijah mengikut perlahan-lahan, sekali, dua kali, dan tiga kali. Huh, seronok betul dapat bernyanyi beramai-ramai! Suara saya yang paling kuat menyanyikan lagu itu.
"Dah boleh hafal tak lagu ini?" tanya Cikgu Halimah.
"Bolehhh! sebahagian murid yang duduk di bahagian hadapan menjawab.
" Yang lain macam mana?" terkekeh-kekeh murid-murid lelaki yang duduk di belakang tertawa.
Cikgu Halimah tertawa sama.
"Baiklah siapa antaa kamu berani menyanyi sorang-sorang?" tanyanya. Semua murid diam.
"Cuba Rosli, cikgu nampak kamu bukan main bernyanyi tadi!"
Rosli berdiri. Murid-murid lelaki ada yang sudah mula tertawa melihat Rosli berdiri.
"Yang laindiam! Cikgu mahu Rosli yang bernyanyi. Murid lain jangan ganggu!"
Rosli kemudian bernyanyi. Memang pandai Rosli, tak slah satu pun. Cikgu Halimah bertepuk tangan sebaik selesai Rosli bernyanyi. Murid-murid lain juga mengikut Cikgu Halimah bertepuk sama.
"Sedap suara Rosli!" Puji Cikgu Halimah. Saya rasa cemburu pula apabila mendengar Rosli yang dipuji.
"Siapa lagi yang dah boleh hafal lagu ni, angkat tangan?"
Hampir sebahagian murid angkat tangan. Saya tidak mahu mengangkat tangan walaupun saya sudah menghafalnya.
"Eh Mira, Kamu masih tak boleh hafal lagu ni?"
"Bolehlah sikit-sikit cikgu tapi kenapa pula yang baris akhir tu tak ada perkataan? Cuma huruf saja W, X, Y, Z?" tanya saya.
Cikgu Halimah tertawa memandang saya.
"Sabar, nanti cikgu terangkan kemudian. Hari ini kita nyanyi saja dulu dan kemudian hafalkan. Boleh?"
"Boleh, " jawab semua murid.
Sepanjang saya pulang ke rumah tangah hari itu, saya terus menyanyikan lagu itu. Di rumah pun saya bernyanyi lagu itu juga. Hampir 20 kali saya ulang lagu tersebut. Saya pastidan yakin saya telah menghafalnya.
(Teknik mengajar cara berulang-ulang menyebut sesuatu fakta sambil bernyanyi boleh memudahkan murid mengingati dengan mudah fakta tersebut. Sifat sabar harus ada pada setiap guru. Murid akan merasa seronok dan berani menjawab soalan guru)
Sumber :
Gurukah Aku atau ... ?
Mula Bersekolah
NORBI HUSIN
Kuala Lumpur : PRIN-AD SDN.BHD., 2010
Tidak ada komentar :
Posting Komentar