Hari ini saya belajar menyanyi (tanpa muzik). Cikgu Halimah kata semua murid mesti menyanyi lagu ini. Seni kata lagu tersebut dituliskannya di papan hitam. Walaupun masih ada antara kai belum tahu membaca, namun, apabila seni kata itu ditulis di papan hitam, kami memandang seni kata lagu tersebut. (Murid yang tidak tahu membaca mereka bernyanyi secara menghafal sahaja).
Cikgu Halimah menuliskan seni kata lagu tersebut. Saya dan beberapa orang rakan saya sudah mulai pandai membaca sedikit-sedikit. (Menjelang bulan ketiga persekolahan)
Abu Bakar cari duit,
Emak fikir gaji hari,
Ia jalan Kuala lumpur,
Makan nasi orang putih,
Q rasa sedap diuntung
Vah!
WXYZ
Cikgu Halimah bernyanyi dahulu dan kami mengikutnya beramai-ramai. Seronok kami bernyanyi. Ada antara kami bernyanyi terjerit. Kami mengulang beberapa kali lagu tersebut hingga saya rasa saya sudah boleh menghafalnya.
"Boleh ingat tak lagu ini?" tanya Cikgu Halimah.
"Bolehhh!Senang cikgu!"! kata semua kawan-kawan saya. Tijah saja yang diam.
"Kamu Tijah, boleh ngat?" tanya Cikgu Halimah kepada tijah. Tijah diam.
"Cuba Tijah nyanyi sorang-sorang, cikgu nak dengar!" pinta Cikgu Halimah.
Tijah tersipu-sipu malu. Dia macam mahu menangis.
Murid-murid lain semua menungggu Tijah menyanyi. Tijah menyanyi.Murid lelaki ada yang mula mentertawakan Tijah. Dia pun sebenarnya belum kenal semua huruf lagi tetapi dia boleh bernyanyi.
"Yang lain senyap!" suara Cikgu Halimah tinggi sedikit. Saya menoleh kebelakang. Benci saya melihat sorang dua murid lelaki yang duduk di belakang tu. Mereka bukan pandai sangat, tapi suka menertawakan orang, detik hati saya.
"Tak apa, kalau Tijah belum boleh hafal lagi lagu ni, nanti lama-lama bolehlah, " kata Cikgu Halimah. Tijah sudah mula meleleh air mata.
"Baik murid-murid, seklai lagi cikgu mahu kamu bernyanyi. Nyanyi betul-betul, jangan menjerit. Satu, dua, tiga!"
Bergema lagi lagu itu dinyanyikan. Cikgu Halimah juga bernyanyi sama. Sambil bernyanyi, dia berjalan dari satu meja ke satu meja yang lain.
Abu Bakar cari duit,
Emak fikir gaji hari,
Ia jalan Kuala lumpur,
Makan nasi orang putih,
Q rasa sedap diuntung
Vah,
WXYZ
Bila habis lagu itu dinyanyikan, Cikgu Halimah tersenyum memandang kami. Dia gembira karena kami semua bernyanyi dengan kuat dan bersemangat.
"Cuba sekali lagi, saya nak lihat mulut siapa yang tak buka!" katanya. Kami semua bernyanyi lagi. Cikgu Halimah terus bernyanyi sama sambil berjalan dari satu meja ke satu meja, mahu memastikan semua murid bernyanyi. Sampai di meja Tijah, Cikgu Halimah berhenti. Mulutnya didekatkan ke telinga Tijah, dan dia terus bernyanyi. Tijah mengikut perlahan-lahan, sekali, dua kali, dan tiga kali. Huh, seronok betul dapat bernyanyi beramai-ramai! Suara saya yang paling kuat menyanyikan lagu itu.
"Dah boleh hafal tak lagu ini?" tanya Cikgu Halimah.
"Bolehhh! sebahagian murid yang duduk di bahagian hadapan menjawab.
" Yang lain macam mana?" terkekeh-kekeh murid-murid lelaki yang duduk di belakang tertawa.
Cikgu Halimah tertawa sama.
"Baiklah siapa antaa kamu berani menyanyi sorang-sorang?" tanyanya. Semua murid diam.
"Cuba Rosli, cikgu nampak kamu bukan main bernyanyi tadi!"
Rosli berdiri. Murid-murid lelaki ada yang sudah mula tertawa melihat Rosli berdiri.
"Yang laindiam! Cikgu mahu Rosli yang bernyanyi. Murid lain jangan ganggu!"
Rosli kemudian bernyanyi. Memang pandai Rosli, tak slah satu pun. Cikgu Halimah bertepuk tangan sebaik selesai Rosli bernyanyi. Murid-murid lain juga mengikut Cikgu Halimah bertepuk sama.
"Sedap suara Rosli!" Puji Cikgu Halimah. Saya rasa cemburu pula apabila mendengar Rosli yang dipuji.
"Siapa lagi yang dah boleh hafal lagu ni, angkat tangan?"
Hampir sebahagian murid angkat tangan. Saya tidak mahu mengangkat tangan walaupun saya sudah menghafalnya.
"Eh Mira, Kamu masih tak boleh hafal lagu ni?"
"Bolehlah sikit-sikit cikgu tapi kenapa pula yang baris akhir tu tak ada perkataan? Cuma huruf saja W, X, Y, Z?" tanya saya.
Cikgu Halimah tertawa memandang saya.
"Sabar, nanti cikgu terangkan kemudian. Hari ini kita nyanyi saja dulu dan kemudian hafalkan. Boleh?"
"Boleh, " jawab semua murid.
Sepanjang saya pulang ke rumah tangah hari itu, saya terus menyanyikan lagu itu. Di rumah pun saya bernyanyi lagu itu juga. Hampir 20 kali saya ulang lagu tersebut. Saya pastidan yakin saya telah menghafalnya.
(Teknik mengajar cara berulang-ulang menyebut sesuatu fakta sambil bernyanyi boleh memudahkan murid mengingati dengan mudah fakta tersebut. Sifat sabar harus ada pada setiap guru. Murid akan merasa seronok dan berani menjawab soalan guru)
Sumber :
Gurukah Aku atau ... ?
Mula Bersekolah
NORBI HUSIN
Kuala Lumpur : PRIN-AD SDN.BHD., 2010
Minggu, 23 Oktober 2016
Kamis, 20 Oktober 2016
Gurukah Aku atau ... ? : Gagal Menghafal Huruf (Bahagian 3)
Seingat saya sehingga bulan kedua saya bersekolah, kami murid-murid darjah satu (cuma ada satu kelas sahaja) sudah pun diperkenalkan dengan semua huruf daripada huruf A hinggalah huruf Z termasuk huruf-huruf kecil sekali. Kalau Cikgu Halimah menulis sahaja sesuatu huruf di papan hitam semua pelajar dapat menyebut huruf tersebut dengan betul kecuali Tijah, Jalila dan Akup. Mereka masih banyak belum kenal banyak huruf. Kami juga sudah mula belajar membaca berdasarkan suku kata.
Masalah saya ialah, walaupun huruf saya kenal tetapi menyebut huruf mengikut susunannya saya selalu silap. Saya betul-betul susah hati. Petang itu sambil duduk di atas pangku abah, saya bertanyanya, "Macam mana nak ingat huruf-huruf tu ikut susunan, banyak sangat?"
Abah tersenyum. Kepala saya diciumnya, "Huruf kenal tak?" tanyanya. Saya berlari naik ke atas rumah. Papan batu dan sebatang kalam saya bawa kepada abah yang masih duduk disitu.
"Cuba abah tulis, nanti Mer jawab!" kata saya. Abah tertawa. Dengan kalam saya, abah menulis beberapa huruf, dan saya terus menyebutnya.
"Kan dah pandai tu, apa yang Mer risau sangat?" katanya.
"Yalah abah, tapi Mer tak ingat susunannya, macam dalam buku abang!" kata saya (saya sering membaca huruf A hingga Z mengikut susunan seperti yang terdapat di luar kulit buku tulis abang saya).
"Ah, itu tak apa, itu tak mustahak, nanti lama-lama anak abah pandailah," katanya. Saya cukup tidak berpuas hati dengan jawapan abah. Saya takut kalau Cikgu Halimah menyuruh menyebut huruf A hingga Z menurut susunannya, saya gagal menyebutnya. Tentu Cikgu Halimah tidak akan memuji saya lagi.
"Cikgu, saya tak boleh ingat susunan huruf-huruf yang ikgu ajar tu. Susah, kadang-kadang lupa," kata saya suatu hari kepada Cikgu Halimah. Beliau tertawa.
"Macam mana cikgu kalau saya tak boleh ingat huruf itu ikut susunannya?" saya masih mahu lagi menguasai masalah saya.
Cikgu Halimah memandang saya. "Tak apa, Mer ingat dan kenal huruf serta tahu bunyinya itu sudah baik!" katanya.
Jawapan abah dan Cikgu Halimah tidak dapat menyenangkan hati saya. Setiap malam saya cuba menghafal susunan huruf-huruf seperti yang terdapat di kulit buku, tetapi masih ada yang silap. Susah juga belajar ni, fikir saya.
(Ketika ini kami semua menulis menggunakan kalam dan papan batu)

Rabu, 19 Oktober 2016
Gurukah Aku atau ... ? : Sayang Cikgu (Bahagian 2)
Sudah beberapa hari Cikgu Halimah mengajar kami mengenal huruf. Saya masih ingat lagi, dia menuliskan huruf A, B, C, D, E, F, G, besar-besar di papan hitam dan meminta kami semua menyebutnya mengikut sebutannya. Ada beberapa orang murid ketika itu tidak mahu menyebutnya. Ramai yang menangis dan mah8u pulang ke rumah.
Saya perhatikan Cikgu Halimah cukup sabar melayan kerenah kawan-kawan saya.
"Kamu nak kemana Akup?" tanyanya kepada murid yang paling nakal di dalam derjah kami. Akup sudah mula keluar dari kelas mahu pulang ke rumahnya.
"Balik,"selamba jawab Akup. Kepalanya yang separuh botak itu digaru-garunya.
"Tak boleh, Akup mesti belajar dulu, nanti pukul 11.00 baru boleh balik, " pujuk Cikgu Halimah. Tangan Akup dipegangnya. Akup didudukkannya kembali semula di atas bangkunya.
"Duduk sini tau, Akup mesti belajar dulu,"katanya lagi.
Akup kembali duduk dibangkunya. Bibirnya dicebikkan kepada Cikgu Halimah.
" Semua murid lihat papan hitam! Cuba sebut huruf ini. Ikut Cikgu, A, B, C, D, E, F, G, "katanya sambil menunjuk setiap huruf dengan hujung rotan yang dipegang.
"Sebut semua!"
Kami semua menyebut huruf-huruf tersebut.
"Bagus,"pujinya kepada kami.
"Sekarang, cikgu nak tanya, siapa boleh sebut huruf-huruf ini, angkat tangan, "tanya Cikgu Halimah. Semua murid senyap. Saya taku hendakmengangkat tangan, sebaliknya huruf-huruf itu saya sebut perlahan-lahan.
"Mira!Cuba Mira baca huruf-huruf ni? pinta Cikgu Halimah lembut. Terkejut nama saya dipanggil. Saya pasti Cikgu Halimah nampak mulut saya terkumat-kamit membaca huruf-huruf tersebut tadi.
"Cuba Mira sebut ini,"hujung rotan cikgu Halimah menunjuk huruf-huruf tersebut. Tiba-tiba hati saya mula rasa berani. Saya terus membaca mengikut huruf yang ditunjuk oleh Cikgu Halimah.
"A, B, C, D, E, F, G, " kata saya.
"Bagus! Mira sudah pandai, semua murid tepuk tangan untuk Mira," katanya. Semua murid bertepuk tangan. Hati saya jadi seonok. Segala perasaan takut tadi hilang entah kemana!
(Mulai saat itu saya sayang Cikgu Halimah. Dia selalu memanggil saya dengan nama Mer saja. Terasa Cikgu Halimah macam kakak sendiri. Pujian daripada guru amat penting bagi menghilangkan rasa takut murid kepada guru).
Sumber :
Gurukah Aku atau ... ?
Mula Bersekolah
NORBI HUSIN
Kuala Lumpur : PRIN-AD SDN.BHD., 2010
Selasa, 18 Oktober 2016
Gurukah Aku atau ... ? Mula Bersekolah (Bahagian 1 )
Tahun 1958 merupakan tahun keramat bagi saya yang tidak akan saya lupakan. Ini disebabkan pada tahun itulah saya mula menjejakkan kaki ke sekolah.
Sekolah saya merupakan sebuah bangunan dua tingkat diperbuatkan daripada kayu. Buruk sahaja rupanya. Saya pergi ke sekolah hanya berjalan kaki karena jarak rumah dengan sekolah hanya setengah batu sahaja.
Hari pertama saya sekolah dihantar oleh abah menaiki basikal. Saya duduk ditengah-tengah palang basikalnya. Seronok betul saya duduk di atas palang tersebut. Abah bersiul-siul sambil mengayuh basikal dan saya yang duduk ditengah-tengah palang basikal terangguk-angguk mengikut siulan abah.
"Hoi!" teriak saya kepada kakak dan abang apabila basikal abah memotong mereka yang berjalan kaki ke sekolah. Kakak dan abang berlari anak apabila melihat basikal abah sudah berada dihadapan mereka. Saya tersengih-sengih menoleh ke arah mereka.
"Baik-baik jatuh, jangan berlari?" jerit abah sambil menoleh ke belakang. Abah melarang kakak dan abang mengejar kami. Saya yang duduk di hadapan palang basikal terkekeh-kekeh tertawa melihat kakak dan abang tercungap-cungap mengejar kami.
Sampai di sekolah, abah membawa sayaberjumpa seorang cik gu perempuan (masa itu belum tahu lagi nama cik gu tersebut). Nama saya didaftarkan. Ada beberapa orang murid (seusia saya) juga sedang menunggu untuk didaftarkan. Walupun saya dan abah tiba lambat berbanding dengan ibu bapa yang lain tetapi saya tidak tahu mengapa kami dilayan dahulu.
"Tak kerja hari ini?" kata seorang cikgu lelaki kepada abah.
Cikgu lelaki itu datang ke arah kami sebaik melihat abah di situ.
"Ni nak pergi kerjalah, hantar budak ni dulu!" kata abah. Saya merasa seronok kerana diberi layanan istimewa. Cikgu lelaki tersebut meninggalkan kami menuju ke bilik darjah sebelah.
"Cantik baju? Emak beli kat mana?" kata cikgu perempuan itu kepada saya. Baju saya dibelek-beleknya. Saya tersipu-sipu malu kerana semua ibu bapa yang berdekatan disitu melihat saya.
"Singapura, abang belikan," jawab saya. Semua murid perempuan melihat gaun kembang berwarna merah dengan gambar buah epal yang saya pakai. Memang baju gaun saya cukup cantik, tidak ada jual di Melaka, kata emak. Murid-murid perempuan yang lain gaunnya dibuat sendiri oleh emak mereka. Kainnya pun tidak sebaik dan secantik kain baju gaun yang saya pakai.
"Baju sekolah dah buat belum?" tanya cikgu perempuan itu lagi kepada saya. Saya diam kerena saya sendiri tidak tahu sama ada baju sekolah yang dimaksud kan oleh cikgu itu sudah dibuat atau belum oleh emak. Setahu saya emak mahu saya menghabiskan dulu semua baju gaun yang ada di rumah sebelum saya boleh memakai baju sekolah macam kakak.
"Hari ini saya belikan kainnya cikgu, seminggu dua lagi siaplah emaknya buatkan," jawab abah. Senang hati saya mendengar pengakuan abah itu. Cikgu perempuan itu tersenyum memandang saya. Saya kemudian disuruh duduk dibangku yang terletak dihadapan mejanya (ketika itu bangku tempat duduk murid bentuknya panjang boleh duduk dua atau tiga orang).
"Abah pergi kerja dulu, nanti Mer balik dengan kakak tau," kata abah. Saya mengangguk kepada abah. Abah tersenyum memandang saya. Kepala saya diciumnya.

Langganan:
Postingan
(
Atom
)